aku perempuan percaya jodoh

tuh dia~!

tajuk habaq hang... sensitip ke tak kali ni nak cerita pasal jodoh. jodoh aku-lah. tak kuasa nak cerita jodoh orang lain. jodoh urusan Allah. Urusan yang dah selesai sebenarnya cuma masih rahsia. masih rahsia pada kita. pada manusia. aku perempuan umur dua puluh enam tahun. ye-lah. dah umur dua puluh enam tahun bulan satu hari tuh.tapi aku masih belom jodoh. belum kahwin atau belum merancang untuk kahwin lah maksudnya. aku belum jumpa jodoh. ermm... silap. mungkin ada jumpa. tapi bukan jodoh. bongok~! belum jumpa jodoh-lah tuh~! sambil ketuk kepala sendiri. ahh~!! serabut-lah. pada aku. jodoh bukan sekadar ikatan cinta, kasih sayang, manja manja dan gedik gedik bersama jodoh kau. pada aku jodoh ni mengenai keseluruhan yang kau sanggup abdikan. semuanya. maksud aku keseluruhan kehidupan kau. yang paling aku rasa sekarang adalah kerjaya aku. kalau aku seorang pekerja am yang bekerja daripada pukul lapan pagi sehingga lima petang, tengahari boleh balik rumah masak untuk anak dan jodoh kau tak apa jugak. masalahnya aku seorang buruh kasar yang bekerja tidak tentu masa. sungguhpon pekerjaan aku ini adalah buruh kasar, tapi aku tetap suka dan cinta dengan pekerjaan buruh kasar ini. penat aku belajar sembilan tahun ada aku mengenali semua yang ada dalam dunia pekerjaan aku ni. susah untuk aku jadi pekerja am dan meninggalkan semua dalam dunia aku sekrang. ape aku merapik ni? persoalan~!!!! kita kembali ke perbincangan mengenai jodoh. iye. persoalan. mampukah seorang jodoh aku memahami kerjaya aku sekarang? ok. aku tinggalkan persoalan itu kerana aku masih belum temui jodoh. jadi tiada siapa yang mampu menjawab persoalan itu. 

jodoh juga bukan sekadar rasa sayang cintan cintun. jodoh juga berkaitan dengan keluarga. mak abah adik kakak abang pakcik makcik pakngah makngah paklang maklang pakcik paksu. semua yang rasa ada ikatan keluarga. jiran sekali-lah. kalau jodoh sampai. mesti mau kenduri ma. sape nak support makan minum gift pelamin kemah meja bunga mangga kompang caklempong bagai kalau bukan depa ni semua. mesti ade majlis rewang bak kate orang jawa parit raja atau 'berkampung' kata orang nisimilan... semua tu mesti pakai kakitangan keluarga, jiran tertangga bukan. jelas kaitan keluarga jiran dan jodoh. jelas sekali disitu. persoalan cukupkah kaki dan tangan itu untuk aku dan jodoh aku? yang ni aku boleh jawab sebab surely-lah cukup. coz my abang's wedding just around the corner and clearly here and there, gutung guyung~!!! (thank relative and jiran~!!) <---tibe jer aku~!!. 

...sambung

jodoh bukan sekadar amik gambar pre wedd pegang pegang tangan show off sangat bahagia. jodoh juga tentulah berkaitan dengan agama islam. agama yang sesama kita anuti sejak lahir. jangan disebabkan jodoh kita membelakangi islam. islam adalah pegangan. dan solat tiang agama. 

jodoh juga berkaitan dengan tanggapan pertama~!! yang ni susah sikit aku nak rungkaikan. harap-lah paham. tanggapan pertama yang aku maksudkan adalah tanggapan pertama mak abah jodoh kau kat kau~! eh, silap. tanggapan pertama mak abah jodoh aku kepada aku. tanggapan pertama mak abah aku kepada jodoh aku. tanggapan pertama mak abah jodoh aku kepada mak abah aku dan tanggapan pertama mak abah aku kepada mak abah jodoh aku. faham? tu tanggapan pertama sesama manusia terpenting. belum tanggapan pertama adik aku, abang aku , kakak aku, paklang maklang pakngah aku... yang belah jodoh aku lagi... aku pon pening~!!! itu tanggapan pertama manusia sesama manusia... kalau tanggapan manusia kepada harta benda? ye-lah. aku rasa tak nak amik tahu kot ape tanggapan pertama kucing kedah aku kepada jodoh aku. mestilah tanggapan pertama manusia sahaja yang aku nak amik tahu. ok. tanggapan pertama mak abah jodoh aku kepada rumah aku... err...err... rumah mak abah aku. hehehe... ape erk tanggapan pertama mak abah jodoh aku pasal rumah mak abah aku... pasal kereta aku, pasal motor, pokok yg ada kat rumah, henpon,basikal, dan semua barang yang kau ade dan pakai lah~!

ermmm... tu semua mengenai tanggapan pertama. mesti-lah ade kan. tapi aku rasa manusia zaman sekarang ni penuh dengan sikap baikhati dan toleransi. mane ade manusia bersikap kolot dengan menjadikan materialistik itu satu peribadi diri kan... so no hal la kalau aku pakai kancil sahaja dan rumah aku rumah papan beratap zink berlantaikan tanah. pastu perabut berselerak sane dan sini, owhh... serba kekurangan... no-hal-lah~! tiada persoalan.

akhirnya, jodoh... rahsia Allah. aku percaya. korang??

sampai sini jelah. aku kena sambung kerja. kan aku cakap kerja macam aku tak kira masa. ape kata jodoh aku?

Assalamuaikum...

Share:

1 comments