DOA: untuk menahan kentut



assalamualaikum semua...


sempena bulan ramadhan ni, macam macam ibadah yang digalakkan. memperbanyakkan baca Al-Quran, bersedekah, solat jemaah... tak lupa jugak tiap tiap malam di bulan Ramadhan kita disunatkan untuk solat taraweh... masa solat taraweh ni lah yang aku kenal pasti ada satu masalah... (sebenarnya bukan masalah pon...) dah sampai malam ke lapan ni, aku perhatikan ada beberapa orang kaum ibu yang berulang kali ke bilik air masjid untuk mengambil wuduk semasa dalam solat.OLEH ITU.... 


aku cari penyelesaiannya... HAHA...



DOA TAHAN KENTUT


dan bermaksud:Aku perlindungkan akan dia dengan Allah yang Maha Esa daripada kejahatan tiap-tiap sesuatu yang hasad. Dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah yang Maha Tinggi Martabatnya dan Maha Agung.

ni doa skali nak tahan kentut, buang air besar ngan air kecil. Doa ni bagi menyenangkan kita tuk beribadat jer. ada cara bagi mengamalkan doa ni...

Cara mengamalkannya:

Doa ini dibaca setelah ambil wudhu dan bersiap-siap hendak ke masjid.

Berdiri dengan meletakkan kedua-dua belah tapak tangan di perut (di ari-ari).Baca doa sambil tapak tangan disapu ke atas. Ulang 3 kali (doa dan sapu).

Letak sebelah tapak tangan di punggung (tulang sulbi/ tongking) ditepuk dan baca doa sekali sahaja.

Mohon doa: Ya Allah, mudah-mudahan wudhuku tidak batal sehingga selesai solat/ ibadah.

Balik ke bilik dibaca doa dan disapu pada perut menghala ke bawah supaya boleh buang air dan angin.

 insyaallah, kalau kita ikhlas beribadat kepada Yang Maha Esa, akan ada kesenangan untuk kita...



okey, jumpa lagi...

pesanan penaja : masak lebih sikit petang ni, bagi uwan sebelah umah rase... hehehehe

aku sayang korang~!

Share:

0 comments