pagi pagi dah bebel
pagi pagi sedang merangka-rangka apa perkataan terbaik untuk aku tulis sebagai post di facebook. tiba tiba aku teringat mak dan abah. Ya Allah, seminggu sahaja lagi mereka akan pulang ketanah air. Ya Allah, kurnia-kan lah kedua orang tua, pelengkap hidupku selama ini dengan kurnian Maha Hebat-Mu, haji yang mabrur. Amin.
Pemergian Mak dan Abah ke Tanah Suci Mekah memberi sejuta pengertian yang lain pada aku. Keputusan mak dan abah untuk ke Sana, bukanlah mengejut. tapi aku tak ada disisi mereka pada ketika mereka mengisi borang balasan ke Tabung haji ketika itu. jadi pada itu, aku tak ambil endah. Aku sibuk Hal Duniawi.
pada aku mula berenti kerja, dan aku duk habiskan masa melepak hampir tiga bualan dirumah, masa tu baru hati ni rasa tak percaya, Hendakpon, sehingga saat ini aku masih seakan tak percaya Mak dan Abah aku di Tanah Suci Makkah~! Pemberian Maha Agung daripada Satunya Maha Pencipta. Terima kasih Ya Allah diatas pemberian ini.
dari itu, sedikit-sedikit, secubit-secubit, impak itu datang. sehingga kini impak masih aku rasakan, semakin menebal. maksud. Aku mula memperbaiki diri. Aku tak kata dah baik~!. tapi dari peratus 0 aku meningkat kini jadi peratus 20. aku tak kata sebelum ni aku jahil. buta islam. buta agama. kiraan daripada kadar aku yang sebelum ni laa... yang solat asal ada masa sahaja, yang suka hati nak tutup aurat paras mana, yang nak pakai duit kampeni ikot suke, yang mulut lebih dari puaka, sibuk nak gossip hal yang tak sepatutnya aku amik tau, yang main suke nak marah sape, bukan kira mak ke abah ke... main sedap jer perli.... OK. tapi tu aku dulu la. Skrang.... meningkat la peratus 20. OK-lah kan...
Yang aku harapkan, yang aku doakan, yang aku pintakan, peratusan akan meningkat dan bukan menurun, Yang Maha Esa, jadikan aku umat-Mu yang Solehah. yang tetap dan tidak kembali kepada aku yang dulu.
Ya Tuhan-ku, Yang Hanya ku Sembah, inilah kurnian-Mu buat hamba-Mu ini... Sesungguhnya aku sedang membaiki diri, membaiki ibadah ku kepada-Mu.
Ok. aku macam dah bagi ceramah agama. tapi tu aku. apa yang dah terjadi pada aku, apa yang aku rasakan. impak Mak dan Abah aku dapat seruan haji. bila aku pikirkan, hanya satu jer yang aku Mohon, kepada-Mu Ya Allah, Kau telah kurniakan kesedaran diri kepada aku, maka aku berharap dan berdoa, kurniakanlah Haji Yang Mabrur buat kedua orang tua ku seperti mana yang telah Engkau kurniakan Haji Mabrur kepada orang yang terdahulu. Sesungguhnya Mak dan Abah aku telah orang paling mulia dalam hidup aku, telah menjadi pendorong aku sehingga aku berjaya, menjadi pembakar semangat ketika aku melalui kejatuhan, menjadi sumber yang tidak pupus pupus sehingga aku kini. Mereka adalah jantung, mereka adalah hati, buah pinggang, salur alteri, dan mereka juga adalah hempedu buat aku. itu masih tidak cukup buat aku. aku belum mampu berdiri tanpa mereka, tanpa bimbingan mereka, kurniakanlah Ya Allah, semoga Mak dan Abah akan terus menjadi pendamping terhebat aku.
Ya Allah, kurniakan mak dan abah ku keistimewaan-Mu, lengkapkan diri kedua orang tua ku dengan kelebihan-Mu, agar mereka akan menjadi hamba-Mu yang lebih Soleh dan Solehah.
Mak, abah, angah rindu.
6.18 am
pagi hari rabu.
seminggu je lagi mak abah akan balik Malaysia.
Ya Allah, lancarkan perancangan kami ini. Amin.
pembalasan tanpa hijap dosa mak abah ngan

0 comments