DIY:edisi pasu NAGA
sawadikapppppp..... ahha~~!!
assalamualaikum... entri dipagi hari, ramadhan 15.
kali ni aku nak tunjuk DIY aku yang seterusnya. sempena hari raya. mestilah sibuk sibuk buat kueh, bersihkan rumah semua kan.
edisi PASU NAGA....aaaaaummmmmm~~!!! (camtuh ke bunyik naga???)
pasu naga yang ada kat umah aku ni, turun temurun. memang aku lahir-lahir je dah ade kat umah ni. tapi kesian kat pasu ni sbb tidak dipedulikan sejak bertahun tahun kebelakangan ni. terbiar je kat belakang rumah. nak buat tempat bekas air mak aku takot jadi tempat ternakan nyamok edis je... so aku mengambil keputusan tuk mencantikkan diri pasu naga yang terbiar ituu~!!! yeahhh mari kita mulakann...
ni lah pasu NAGA yang digembar-gemburkan tadi tuhhh...
mula mula aku basuh dan bersihkan pakai sabun DAIA... (sebab tu je sabun yang aku rasa logik tuk bersihkan pasu ni. plus aku malas aihh nak p kedai semata nak beli sabun yang sesuai tuk basuh si pasu naga niehh...)
selepas itu, aku keringkan... (jemur kat tengah matahari....)
selepas pasu naga kering sempurna, aku gunakan spray ini :
name spray ni Quick Drying Lacquer Spray.
jenama BOSNY.
Harga RM6.90.
boleh beli kat kedai cat atau kedai hardware berdekatan rumah anda... (spray ni memang dah ade kat umah aku dari zaman aku cat mengecat kasut dahulu, so xpayah nak kuar umah pegi kedai cat tuk beli.)
spray bagi rata dan kemudian biar je sampai kering... kalo hari macam nak hujan, ermmm naseblahh kena angkat berat berat pergi teduhkan...
kalau matahari terik, maka kejap je spray ni dah kering. dan korang boleh lihat hasilnya.....
tadaaaaa...... hah hah hah~!! cantik tak? cantik tak? boleh letak kat luar umah kan... sebab mak aku tak kasi aihh nak bawak masuk umah. sebab ade gambar naga. bukan ciri-ciri umah orang islam kalau ade logo logo camtuhh.. tapi aku tetap nak letak kat umah aku biarpon kat luar sebab pasu ni bukan aku or family aku beli pon, memang dah ada sejak dari zaman batu. dan aku da penat kasi cantik ini pasu... so raya ni boleh jempot datang umah aku nant korang leh tengok pasu naga ni kat depan umah aku... hehe
ermmm... kalau umah korang pon ade pasu naga ni, korang kasik cantik lah sama dia okey...
okey lah. sini dulu okey. nanti jumpe lagi...
pesanan penaja:bubur lambuq kasi huloq...
assalamualaikum..




1 comments
salam kak..cantik pasu..nak jual bgtau..lama dah cr
ReplyDelete