AIDILFITRI : Kenangan



hohoho~~~
aku ada sebuah cerita. kalau berminat, teruskan membaca. ini kisah aku. kisah kejahilan aku. suatu masa dulu. dan aku rasa korang boleh share sebab kisah ini ada kaitan dengan kita, sama sama hamba-Nya.


ini kisah aurat. aurat seorang perempuan. tudung~! 






dulu...




...sebelum dua tahun yang lepas. aku tak tahu pon kenapa, aku tak rasa pakai tudung dan menutup rambut tu panas. aku jugak tak rasa pakai tudung tu rimas. dan bila aku pergi menghadiri kuliah, aku pakai tudung~! kuliah pagi, petang waima malam pon aku tetap pakai tudung. tapi sedihnya aku tak menjadikan tudung tu statik kat kepala aku bila waktu waktu selain daripada waktu kuliah. sedih. 




...masa tu, even sekarang pon~! aku tetap pelik kenapa waktu tu aku main ikot suka hati aku jerh bile bile aku nak menutup aurat dan bila bila aku nak jadi liar. aku ada berfikir faktor faktor. tapi lebih kepada perkara negatif dan menyalahkan orang lain. jadi aku tak share kat sini. apa apapon mase tu, aku tetap tak pernah nak fikir untuk bertudung. serius~!






dua tahun lepas...






...syawal, 1 2009. ni tarikh yang aku ingat. aku janji dengan mak aku nak pakai tudung dan jaga aurat dengan baik. (hairan~! padahal sebulan ramadhan tu aku xteringin langsun gpon nak pakai tudung, sedangkan orang lain berebut rebut nak kejar ibadah) sedih kan aku at that time~!!






dalam masa dua tahun...




... dalam mase dua tahun ni... aku tak berjaya tuk jaga aurat aku seratus peratus. lebih kurang lapan puluh peratus macam tu lah~! aku suka pakai baju lengan pendek. aku suka pakai tudung yang bukan bukan.... maksud aku serkup yang hanya tutup rambut jerhh... dan lagi bila aku kat rumah aku, aku tak pakai tudung pon bila nak pergi kedai atau pergi pasar~! aku hanya akan pakai kalau pergi jalan dan pergi kenduri ngan family....
sedihkan..?








ramadhan kali ini...




...ramadhan 2011, aku sedar~! bukan aku sedar. kalau dari dulu pon aku sedar, tapi aku tak laksanakan. tapi kali ni aku sedar dan aku laksanakan. Alhamdullillah ramadhan kali ini aku semakin menjadi hamba-Nya yang baik. aku semakin pandai untuk berpenampilan muslimah. tetap berfesyen dan kekal menutup aurat sewajibnya aku sebagai seorang perempuan islam.  dan aku berharap agar rahmat ini kekal dan tidak ditarik kembali oleh-Nya. Amin






aku berfikir...




...dua tahun adalah masa yang dikurniakan Allah kepada aku untuk aku sedar dan terus sedar dari kesilapan masa lalu aku... Alhamdullillah. Ya Allah, Kau kekalkanlah rahmat-Mu ini....






semua...




... ingat tak? tsunami di Acheh. disember 2004






"jagalah auratmu sebaiknya semasa didunia, dan insyaallah Allah akan memelihara auratmu sehingga saat kamu dikebumikan...."






ramai jasad manusia tidak bernyawa yang terbogel disepanjang jalan disekitar tempat kejadian tsunami. ertinya mereka tidak menjaga auratnya dengan baik semasa hidupnya. maka Allah berikan balasannya begitu. Maha Kuasa. satu pengajaran daripada beribu pengajaran tsunami Acheh, 2004. 


takut~! selagi nyawa dikandung jasad, kita masih punyai ruang untuk bertaubat kepada Maha Pencipta. 




*petikan ni aku dapat dari salah seorang mangsa tsunami Acheh yang ditemubual wartawan Malaysia dalam sebuah rancangan dokumentari Tv yang aku dah lupa tajuknya dan TV mane... petikan ni adalah salah satu sebab aku mengambil keputusan untuk menjada aurat aku dua tahun yang lepas. 




*aku emo malam ni.... tapi aku bersyukur kerana dua tahun yang mencabar bagi aku. dan aku pasti tahun tahun yang akan mendatang juga tidak kurang dengan cabaran.....


=)

Share:

3 comments

  1. Alhamdulillah...Allah masih sayangkan kita dgn peringatanNya.

    Apapon sbg seorg sahabat (walaupon kita tdk penah bersuai-kenal), aku cuma ingin berkongsi peringatan bahawa BERTUDUNG utk menutup aurat. Bukan apa, kadang2 kita terlupa dek pelbagai fesyen yg semakin hebat ms kini bole menjadikan kita ghairah & lupa. Allah sentiasa melihat apa yg kita lakukan. Wal'allahualam.

    ReplyDelete
  2. Allah telah memberikan hidayah pd awk.. Sentiasa mohon hidayah dr dia dan berdoa juga supaya hidayah itu sentiasa kekal dengan awak.. peringatan kepada saya jugak (^^,)

    ReplyDelete
  3. terima kaseh yanchor dan rima. moga kita sama sama akan menjadi insan yang lebih baik... =)

    ReplyDelete