soal hati | by emmetnadzirahishak

pagi hari selasa....


     Salam semua... harapannya semua akan sihat sihat selalu... aku pon sihat disamping keluarga aku kat jemapoh ni... ermmm.. post kali ni aku hanya nak meluahkan isi hati aku je... sebab aku rasa aku nak berkongsi cerita dengan sape sape yang sudi nak baca cerita aku nie... kepada yang rasa muak, tak payah la baca oke, =)
first sekali aku nak bercerita tentang rasa gembira... gembira sebab aku da selamat abiskan degree aku kat UTHM... Alhamdullillah.. dan aku sangat berharap keputusan peperiksaan aku nanti memberangsangkan, begitu jugak dengan rakan rakan seperjuangan aku yang lain... dan aku sangat berkobar kobar utk buat praktikal dan ke alam pekerjaan. semoga Allah memudahkan perjalanan hidup aku selepas ni... InsyaALLAH...


    Semalam..... ade perkara yang sedih berlaku kat busar... secara tidak langsung membuatkan aku pon sedih sama... kehidupan bagai roda, kadang kita berada diatas dan kadang kita dibawah... hidup ada pasang dan surutnya, kegagalan akan mengajar kita lebih mengenal erti kehidupan, erti kesusahan dan kepayahan dalam mengharungi hari hari yang akan mendatang... kegagalan akan lebih membuatkan diri kita matang dalam membuat keputusan dan menetapkan pendirian diri... yang penting kita tidak berputus asa untuk berusaha dan menjadi yang lebih baik... untuk sayangku, kita akan tempuh semuanya bersama, jangan risau, dengan doa, kita akan menjadi lebih teguh, sayang jangan hilang semangat dan harus terus berusaha...
kita perlu ingat...



SUCCESS IS A JOURNEY NOT A DESTINATION

       Berkata mengenai hari hari mendatang, aku pasti hari hari aku akan lebih mencabar selepas ni kerana aku bukan lagi seorang pelajar yang hanya ditugaskan untuk belajar sahaja, kini aku akan mengalas tanggungjawab yang lebih besar... aku perlu menjadi seorang yang lebih matang dan menjadi seorang yang lebih kuat berusaha... insyaALLAH.. untuk busarku, hari hari yang bakal awak lalui juga akan lebih berintangan, yang pasti sayangku.... jangan berputus asa dan selalu buat yang terbaik untuk semuanya.. aku akan sentiasa disisimu, walau rintangan itu berkali kali ganda daripada yang kita alami sekarang, aku pasti akan wujudnya matahari dan pelangi yang akan bersinar terang dan mewarnai hidup kita suatu hari nanti setelah kita lelah berusaha dan berdoa... hadapi hari hari kita dengan kesungguhan dan hadapi masa susah dengan kesabaran... berdoa kepada Maha Pencipta agar keimanan terus didada..... dan busarku, kau perlu tahu cinta dan kaseh sayang bukan hanya untuk seketika dan bersuka riang... cinta dan kaseh sayang adalah resipi kehidupan berpasangan yang direncahkan dengan rasa masam dan manis... oleh itu sayangku, kita akan selalu berusaha kearah yang lebih baikj untuk masa depan... 

        Ermmm... sekian luahan hati aku... sorry coz amik mase korang yang membaca entry aku kali ni.. aku rasa lega tiap kali aku dapat luahkan sesuatu yang terpendam dalam hati ni... Hadapi masa susah dengan kesabaran, dan ketahuilah bahawa ada insan yang lebih susah berbanding kita diketika ini... mereka juga sedang menghadapinya dengan rasa sabar...Terima kaseh semua, aku sayang korang, kita sama sama berdoa dan berusaha untuk semua, untuk kebaikan semua... always think positive... sayang semua. LOVEfromemmetnadzirahishak



kepada busarku, ABDULRASHID... orang sayang awak... =)

~~kejayaan itu suatu mengembaraan dan BUKAN suatu persinggahan~~


Share:

3 comments